im in luff with bumblebee AND bumblebee do luff me »

Wednesday, December 8, 2010

doa dari hati.

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,

Dia milikku tercipta buatku,

satukanlah hatinya dengan hatiku,

Ya Tuhan Maha Mengasihi,

seiringkanlah kami melayari hidup ini,

ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,

dia bukan milikku,

bawalah ia jauh dari pandanganku,

luputkanlah ia dari ingatanku,

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,

berilah aku kekuatan,

melontar bayangannya jauh ke dada langit,

hilang bersama senja nan merah,

agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama

dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,

pasrahkanlah aku dengan takdirmu,

sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,

adalah yang terbaik buatku,

kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik

buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang

tumbuhkanlah kembali yang telah patah

jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku

berikanlah aku insan yang lebih baik

jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja

menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini

jangan engkau biarkan aku sendirian

di dunia mahupun diakhirat

jauhkanlah aku dari terjurus ke arah

kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina

kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai

dan kurniakan kepadaku keturunan

yang soleh dan solehah

berilah kami kebahagiaan hidup

di dunia dan di akhirat

Saturday, December 4, 2010

its called life.

kadang-kadang lam kehidupan ne, terlalu byk mende yang tak dijangka berlaku. mende2 yang tak disangka bile2 sje bolei berlaku. kerana itu betollah kata-kata bahawa, kite yang merancang tapi tuhan yang menentukan.


kadang-kadang dalam hidup, sesuatu yang kite tak terfikir akan muncul, hadir. terpulang pada kite untuk memilih. setiap ape yang berlaku ade hikmah nya, apa yang akan terjadi, perkara yang kite buat pada sesame manusia akan berulang pada kite sendiri. kerana itulah wujudnya sistem karma.

karma? bile disebut pasal karma, takot. taknak ape-ape yang buruk berlaku pada kite balik.

emmm, entri ne macam xde hujung pangkal sikit.

p/s: cinta itu masih teguh untukmu.

Wednesday, December 1, 2010

i love u papa

miss u a lots papa.!!
along syg papa.!!

Newer Posts Older Posts Home